Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

"Apakah kekurangan anda yang anda gemari?"

Ditulis pada 23 January 2024

1
2
3
5
6
7
8
Pengetahuan berkenaan kekurangan diri merupakan satu kelebihan yang dapat membantu pengembangan kendiri. Salah satu kaedah yang digunakan adalah dengan melakukan penilaian secara objektif. Sejak 2015, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah melaksanakan penilaian Talent Bench Strength (TBS) kepada pemimpin institusi yang dikenal pasti berpotensi tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk membina Kumpulan Bakat Kepimpinan Pengajian Tinggi; dirujuk sebagai National Top Talent (NTT) dan secara keseluruhannya, hasil daripada penilaian ini telah menunjukkan ada keperluan untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan NTT. Penilaian ini adakalanya dilakukan sedikit lewat dan pengembangan kompetensi kepimpinan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Oleh yang demikian, AKEPT telah menyahut saranan pihak KPT supaya penilaian calon-calon berpotensi tinggi dilaksanakan lebih awal untuk menyediakan base line penilaian kepimpinan kolam bakat peringkat kedua IPT. Penilaian ini selari dengan keperluan untuk menyokong pelaksanaan pelan penggantian dan pembangunan bakat kepimpinan di IPT.
AKEPT mengambil inisiatif untuk mewujudkan kumpulan penilai yang akan membantu sesi penilaian kolam bakat peringkat kedua supaya ia dapat dilakukan secara neutral dan mencapai objektif. Sesi ini juga bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman berkaitan tugas-tugas penilai disamping perkongsian pandangan bagi menambahbaik proses penilaian.
AKEPT merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen untuk membantu AKEPT dan KPT dalam menjayakan hasrat ini.