SPACE 2026: MEMPERKASA KELANGSUNGAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI

Program CeTM      28 Oktober 2026      AKEPT    

BANDAR ENSTEK, 28 Oktober 2026 - Alhamdulillah, AKEPT telah berjaya melabuhkan tirai Bengkel Pemantapan Succession Planning Audit for Continuity Excellence (SPACE) Tahun 2026 semalam bersama-sama wakil daripada 20 Universiti Awam dan JPPKK.

Selain memfokuskan penyelesaian jurang 'claim-to-evidence', bengkel ini turut merekodkan resolusi penting melibatkan cadangan penambahbaikan bagi pengukuhan instrumen penilaian. Langkah ini bertujuan memastikan instrumen tersebut lebih komprehensif dan praktikal bagi melancarkan urusan semakan dokumen pembuktian pelan penggantian dan penilaian.

AKEPT menyambut baik syor ini dan komited untuk terus memperkasa ekosistem pengurusan bakat pendidikan tinggi negara yang teguh, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035.

#CeTM #AKEPT #KPT #ShapingMindsBuildingLeaders

ATAS