Program Accelerated Dean's Leadership (ADeL) Kohort 1 Siri 3
Program Accelerated Dean’s Leadership (ADeL) Kohort 1 Siri 3 berlangsung dari 6 hingga 7 Mei 2024 di Taylor's University dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Program ini dihadiri oleh 32 dekan, pengarah, timbalan dekan, dan timbalan pengarah dari pelbagai institusi pendidikan tinggi. Siri ini bertujuan untuk memperkenalkan projek inovatif guna meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dan memberi inspirasi serta wawasan kepada peserta.
Pada hari pertama program, 6 Mei 2024, peserta tiba dan mendaftar di AKEPT sebelum mengikuti sesi taklimat pengurusan akademik di Taylor's University, Subang Jaya. Mereka juga melawat fasiliti universiti tersebut serta mengambil peluang berinteraksi dalam sesi soal jawab bersama dekan-dekan Taylor's University sebelum kembali ke AKEPT.
Hari kedua, 7 Mei 2024, peserta berkumpul di AKEPT untuk sarapan pagi sebelum menghadiri sesi Final Pitch di Aras 2. Setelah itu, mereka mengikuti modul tentang Pengurusan Perubahan dan Krisis yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi Bursa Malaysia. Majlis penutup ADeL Kohort 1/2024 diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat, mewakili Pengarah AKEPT.
Program ADeL mencapai objektifnya untuk membangunkan bakat-bakat terbaik dalam kalangan dekan, pengarah, dan timbalan dekan di universiti awam. Walaupun peserta memberikan maklum balas yang positif, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Segala maklum balas dan cadangan ini akan diambil kira untuk memastikan program ini terus memberikan manfaat yang maksimum kepada semua peserta.
Ucapan penutup menyoroti beberapa aspek penting seperti kehadiran peserta yang mencerminkan komitmen terhadap pembangunan kepimpinan dalam pendidikan tinggi dan kerjasama erat antara AKEPT dan UTM yang menjayakan program ini. Pemangku Pentingnya peranan AKEPT dalam menyediakan program kepimpinan dalam bidang akademik dan institusi juga ditekankan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. Program ADeL yang dirancang dengan pendekatan experiential learning bertujuan memaksimumkan potensi kepimpinan dekan.
Kesimpulannya, Program ADeL Kohort 1 Siri 3 memberi impak yang signifikan dalam pembangunan kepimpinan dalam pendidikan tinggi negara. Kami berharap untuk terus meningkatkan kualiti program ini berdasarkan input yang diterima.