Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM INTERNATIONAL DEANS’ COURSE: MALAYSIAN CHAPTER (MyIDC)

Ditulis pada 06 April 2023

1
2
3
4
5
6

Program International Deans’ Course: Malaysian Chapter (MyIDC) Kohot 3 (Siri 3) telah berjaya diadakan di Universiti Utara Malaysia mulai 12 hingga 18 Mac 2023 dan telah dihadiri oleh 25 peserta daripada pelbagai universiti seluruh Negara. Pada siri ini, peserta didedahkan dengan kemahiran kepimpinan terkini dan kaedah penyelesaian terbaik bagi perkara berbangkit di universiti masing-masing.

Perasmian program ini telah dilaksanakan oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UUM pada 12 Mac 2023 serta dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Bintulu, UPM selaku Ketua Program MyIDC. Majlis perasmian program ini turut diserikan dengan persembahan tarian yang dijayakan oleh peserta MyIDC sendiri.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga berjumpa pada siri yang akan datang!