Program Kecemerlangan Kepimpinan Ketua Pustakawan dan Timbalan Ketua Pustakawan Institusi Pendidikan Tinggi (ExceLib) Kohot 2 (Siri 1)

Ditulis pada 13 Mac 2023
Program Kecemerlangan Kepimpinan Ketua Pustakawan dan Timbalan Ketua Pustakawan Institusi Pendidikan Tinggi (ExceLib) Kohot 2 (Siri 1) telah berjaya diadakan di AKEPT mulai 27 Februari hingga 1 Mac 2023 dengan kehadiran 45 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pustakawan dan Timbalan Ketua Pustakawan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Program ExceLib Kohot 2 dianjurkan oleh AKEPT dengan kolaborasi strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan, UKM.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan, AKEPT. Turut hadir ke majlis perasmian ini adalah Encik Azman bin Hashim, Ketua Pustakawan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA).
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan Siri 1 ini dan semoga berjumpa lagi pada Mei 2023 untuk Siri 2 nanti.

AKEPT
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Program
Program Townhall Bersama Unit Latihan UA 2 October 2023 - 8:00 am Program Tertutup |
Bengkel TOT BESA Assessor Cohort 3 13 October 2023 - 8:00 am Program Tertutup |
Penilaian TBS Pendaftar & Bendahari 16 October 2023 - 8:00 am Program Tertutup |