Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2

Ditulis pada 26 Jun 2024

6
5
2
3
7
Picture1
8
4


Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2 yang dihadiri oleh 45 orang peserta daripada pelbagai bahagian, jabatan dan institusi iaitu politeknik dan kolej komuniti. Kursus ini merupakan manifestasi komitmen untuk membangunkan kepimpinan dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan yang terarah dan berkesan. Dengan menggabungkan strategi berfikiran strategik serta wawasan yang luas, program ini bertujuan memperkasa bakat-bakat terpilih dalam kalangan pentadbir dan pemimpin pendidikan tinggi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan peserta, mempertingkatkan kefahaman mereka mengenai isu-isu strategik dalam pendidikan tinggi, dan memupuk inovasi serta kreativiti dalam menghadapi cabaran masa depan.

Program ini merangkumi sesi ceramah, bengkel interaktif, simulasi kepimpinan, dan perbincangan kumpulan yang melibatkan pelbagai aspek kepimpinan strategik dan berwawasan. Peserta akan didedahkan kepada kajian kes, senario dunia sebenar, dan latihan praktikal untuk memperkukuh kemahiran mereka. Dalam konteks globalisasi yang semakin mencabar, keperluan untuk memiliki pemimpin yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga berwawasan jauh menjadi semakin penting. Oleh itu, kursus ini telah dirancang untuk mempertingkatkan kemahiran strategik peserta dalam menghadapi cabaran masa depan dan memastikan kecekapan dalam mengelola institusi pendidikan.

Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penganjur, urus setia, dan semua peserta yang telah menjadikan program ini sebagai platform pembelajaran yang bermakna. Kehadiran seramai 46 orang peserta yang datang dari beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) (3 orang), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) (1 orang), bahagian/pusat di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) (7 orang), politeknik-politeknik (21 orang) dan kolej-kolej komuniti (14 orang) menunjukkan kebersamaan dalam usaha memartabatkan kepimpinan pendidikan tinggi negara. Dengan semangat dan tekad yang tinggi, semua pihak diseru untuk melangkah ke hadapan dalam menerajui perubahan dan mencorak masa depan pendidikan tinggi negara. Program ini telah membuktikan kepentingan dan keberkesanan usaha kolektif dalam meningkatkan kepimpinan strategik dalam sektor pendidikan tinggi.


20 & 24 Jun 2024