Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

News

Program Pembangunan Modul Training of Trainers (TOT) (Kepimpinan Instruksional)

Tod
Tod1
Tot2
Tot3
Tot4
Tot5
Tot6
   

Program Pembangunan Modul Training of Trainers (TOT) (Kepimpinan Instruksional) yang berlangsung dari 28 hingga 30 Januari 2024 di AKEPT telah mencapai matlamat asas dalam pembinaan kapasiti dalam pengembangan modul pendidikan. Dengan penyertaan 30 orang pembangun modul TOT yang merupakan pakar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, mereka memainkan peranan penting sebagai individu yang mencipta dan memperkukuhkan modul bagi program ini.

Terima kasih kepada semua pembangun modul TOT yang telah menyertai dan memberikan maklum balas yang berharga memainkan peranan penting sebagai individu yang mencipta dan memperkukuhkan modul bagi program ini.

Program Accelerated Dean’s Leadership (ADeL) Siri 1

Adel1
Adel2
Adel3
Adel4
Adel5
Adel6
Adel7
Adel8

AKEPT dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Program Accelerated Dean’s Leadership (ADeL) Siri 1 yang berlangsung pasa pada 19 hingga 21 Januari 2024 dan siri kedua pada 5 hingga 7 Mac 2024 di AKEPT yang melibatkan seramai 38 orang dekan, pengarah, timbalan dekan, dan timbalan pengarah daripada pelbagai institusi.

Tujuan program ini adalah untuk membangunkan bakat-bakat terbaik agar peserta dapat memimpin Fakulti/ Jabatan masing-masing dengan cemerlang. Di samping itu. peserta juga dapat beri pendedahan awal sekiranya disenaraikan dalam kelompok bakat bagi menerajui kepimpinan UA.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah aktif menyertai dan memberikan maklum balas yang bermanfaat. Kami berkomitmen untuk terus meningkatkan kualiti Program ADeL berdasarkan input yang diterima dan kami berharap untuk melihat semua peserta di Siri 3 yang akan datang pada 6 hingga 7 Mei 2024 di AKEPT. Jangan lepaskan peluang ini untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam kepimpinan akademik!

 

Top Executive Programme (TEP) Kohort 3 (Siri 3)

Picture1
Picture2
Ted3
Ted4
Ted5
   

AKEPT dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah berjaya menganjurkan Top Executive Programme (TEP) Kohort 3 (Siri 3) pada 10 Januari 2024 (Rabu) di Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 32 orang peserta dalam kalangan Pengurus Sumber Manusia/ Pendaftar dan Pengurus Kewangan/ Bendahari di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Dalam siri ini, peserta Program TEP Kohort 3 diminta untuk membentangkan projek/ aktiviti yang menjamin kemampanan kewangan dan tadbir urus yang berkesan bagi institusi masing-masing. Sebanyak 20 kumpulan telah membuat pembentangan di hadapan panel penilai yang berkaliber.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.

Sesi Kunjungan Hormat Razak School Of Government (RSOG) Ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)

Sesi Kunjungan Hormat Razak School Of Government (RSOG) Ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
25 Mac 2024 (Isnin)

Photo 6057516038150537120 Y
Photo 6057516038150537114 Y
Photo 6057516038150537111 Y
Photo 6057516038150537109 Y
Photo 6057516038150537108 Y

Delegasi yang diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun, Ketua Eksekutif, Razak School of Government (RSOG) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT di AKEPT, Negeri Sembilan. Perkara yang dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini adalah cadangan kolaborasi antara AKEPT dan RSOG yang dapat memantapkan kepimpinan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

Sesi Kunjungan Hormat Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 1
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 3
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 5 1
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 7

11 MAC 2024 (ISNIN)

Delegasi yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK di Ibu Pejabat JPPKK, Putrajaya. Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini adalah keperluan latihan bagi peningkatan kompetensi kepimpinan Pegawai JPPKK dan cadangan kolaborasi baharu antara AKEPT dengan JPPKK yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Hasil daripada sesi kunjungan hormat ini dilihat dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras dengan visi dan misi KPT.