Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

News

Program Kepimpinan Instruksional AKEPT

Picture1
Picture2
Picture3
Picture4
Picture5
Picture6
    

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Program Kepimpinan Instruksional AKEPT Tahun 2024: Learning &Teaching in Higher Education (Siri 1) yang dihadiri oleh 50 peserta daripada pelbagai institusi termasuk IPTA, IPTS & JPPKK. Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman tentang keperluan pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan tinggi selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan komuniti pendidikan tinggi yang holistik dan terlatih.

 

Peserta didedahkan dengan transformasi strategik dalam pendidikan tinggi, pembangunan pelajar, pengalaman pembelajaran bermakna, kurikulum yang relevan, penyampaian dan penilaian inovatif, serta ekosistem yang menyokong pembelajaran dan pengajaran. Peserta memberikan maklum balas positif, menyatakan bahawa program ini memberikan wawasan berharga dan kemahiran baharu yang boleh diaplikasikan dalam institusi masing-masing. Mereka juga berharap agar program ini dapat diteruskan dengan siri-siri berikutnya untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dan pegawai kanan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Changemaker Leadership Programme For Senior Administrators (CLaPSA) KOHORT 2 (SIRI 1)

Cla1
Cla2
Cla3
Cla4
Cla5
Cla6
Cla7
Cla8



Majlis Perasmian Penutup Changemaker Leadership Programme for Senior Administrators (CLaPSA) Kohort 2 Siri 1 telah berlangsung pada 17 Mei 2024 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), yang disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon, Pengarah AKEPT.

Program yang dihadiri seramai 60 orang peserta ini telah mencapai objektifnya dengan memberi pendedahan yang holistik dan berstruktur kepada pegawai kanan universiti awam tentang kepimpinan yang efektif melalui modul-modul yang dibangunkan menggunakan kaedah coaching dan mentoring. Para peserta telah menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan penghayatan terhadap peranan mereka sebagai pemimpin dalam konteks Universiti Awam (UA).

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon menyatakan harapan agar para peserta program ini dapat menjadi agen perubahan yang akan membawa kecemerlangan kepada institusi masing-masing. Beliau juga menekankan pentingnya membina kompetensi yang seimbang dan dinamik seiring dengan perkembangan pesat dalam ekosistem pendidikan tinggi.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBrs. Encik Azrul Izham bin Hamzah, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global AKEPT dan YBrs. Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan Pendaftar USIM.

Program Changemaker Leadership for Senior Administrators ini telah memberikan kesan yang positif kepada peserta, dengan fokus utama pada peningkatan kompetensi kepimpinan generik dan fungsian bagi jawatan Pendaftar dan Bendahari. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa akan datang bagi memastikan kecemerlangan kepimpinan dalam UA di Malaysia.

Perbincangan Pelaksanaan Program Kepimpinan Muda Kebangsaan KARISMA : Pemikir MADANI

Photo 6210574555022474105 Y
Photo 6210574555022474106 Y

16 Mei 2024 (Khamis)
Putrajaya

Satu perbincangan telah diadakan antara pihak Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi yang diwakili oleh YBrs. Dr. Azmul Fahimi bin Kamaruzaman dan YBrs. Dr. Muhammad Farihan Irfan bin Mohd. Nor dengan pihak AKEPT yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT pada 16 Mei 2024 untuk menyelaras keperluan pelaksanaan Program KARISMA: Pemikir MADANI. Program ini akan diadakan secara berkala pada tahun 2024. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah wakil daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

 

Lawatan YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Ke AKEPT

Lawatan YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Ke AKEPT

AKEPT
9 Mei 2024 (Khamis)

Sesi Taklimat AKEPT kepada YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, selaku Penasihat kepada Menteri Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 9 Mei 2024 (Khamis) di AKEPT. Perkara yang dibincangkan termasuklah tentang fungsi AKEPT serta kaedah pemprofilan bakat yang terkait dengan pembangunan kolam bakat bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Universiti Awam. Terima kasih YBhg. Tan Sri.

Perasmian Kebun Kecil AKEPT

Perasmian Kebun Kecil AKEPT

9 Mei 2024 (Khamis)
AKEPT

YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah merangkap Penaung Kelab AKEPT telah berbesar hati menerima papan tanda Kebun Kecil AKEPT sebagai simbolik perasmian kebun kecil AKEPT pada 9 Mei 2024 (Khamis). Kebun Kecil AKEPT ini diinspirasikan sendiri oleh Pengarah AKEPT sebagai salah satu usaha untuk melestarikan sumber sedia ada di AKEPT. Kebun ini diusahakan oleh sukarelawan di bawah Kelab AKEPT. Kebun Kecil ini hanya melibatkan kos yang kecil kerana peralatan program ini menggunakan bahan-bahan sedia ada yang tidak lagi digunakan (kitar semula). Manakala pokok-pokok semaian adalah daripada sumbangan para sukarelawan seperti kelor atau munggai, mangga, keledek, terung dan cili. Dijangka hasil kebun ini dapat dituai dalam Oktober 2024. Nantikan perkembangan selanjutnya!