Kunjungan Hormat Persatuan Kebangsaan Ipts Bumiputera Malaysia (PKIBM) ke AKEPT

Ditulis pada 26 June 2024
YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) pada 25 Jun 2024 (Selasa) di AKEPT, Negeri Sembilan. Delegasi PKIBM diketuai oleh YBrs. Prof. Capt. Ab. Manan Mansor, Timbalan Presiden PKIBM dan hadir bersama ialah YBrs. Dr. Ramlee Mohd Junus, Encik Mohd Adnan Rosley, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ar. Dr. Elias Salleh dan Encik Ahmad Syakir Sazili.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini antaranya latihan kepimpinan kepada pensyarah IPTS dan cadangan kolaborasi latihan kepimpinan IPTS pada masa akan datang. Pegawai AKEPT yang turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Bakat, Puan Hanis Huzaira binti Abd Hanan, Pendaftar AKEPT dan Pegawai-Pegawai Kanan AKEPT.

AKEPT
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Events
PROFESSIONAL CERTIFICATE IN HIGHER EDUCATION LEADERSHIP AND MANAGEMENT (PCHELM) 19 May 2025 - 8:00 am Program Tertutup |
KURSUS KEPIMPINAN INSTITUSI: MODUL 9) KURSUS TEKNOLOGI DAN PENDIGITALAN 20 May 2025 - 8:00 am Program Tertutup |
LATIHAN JURULATIH UTAMA UNTUK MODUL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI MATA PELAJARAN UMUM UNIVERSITI (MPU) SIRI 1 27 May 2025 - 8:00 am Program Tertutup |