sesi-libat-sama-akept.jpg

Sesi Libat Sama AKEPT - Unit Bakat Universiti Awam
Scholar’s Suites
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Tanjung Malim,Perak

26 Februari 2020

Dalam mendayaupayakan usaha Kementerian untuk memperkasakan kelompok kepimpinan di semua universiti awam, AKEPT telah melaksanakan satu inisiatif di bawah Pusat Pemprofilan Kepimpinan yang dinamakan AKEPT Strategic Engagement Series (ASEt) iaitu Sesi Libat Sama AKEPT bersama Pengurusan Unit Bakat Universiti Awam.

Melihat kepada peranan penting yang dimainkan oleh Unit Bakat di semua universiti awam, AKEPT telah merangka program ini bagi menyokong dan membantu melancarkan agenda kepimpinan pendidikan tinggi melalui pengenalpastian bakat pemimpin masa hadapan. Objektif program ini adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama (perkongsian amalan baik) dalam merangka kaedah berstruktur bagi proses pengenalpastian bakat terbaik yang akhirnya akan diiktiraf sebagai Kumpulan Bakat Kebangsaan (National Top Talent Pool).

Program ini telah dihadiri oleh 26 wakil daripada universiti awam seluruh negara. Terima kasih diucapkan di atas sokongan dan semangat yang telah diberikan oleh semua unit bakat universiti awam dalam menjayakan hasrat Kementerian dalam memperkasakan kepimpinan pendidikan tinggi yang berkualiti seterusnya melonjakkan kecemerlangan universiti tempatan di peringkat serantau dan global.