Image

KEKOSONGAN JAWATAN
Pembantu Tadbir Gred N19 (PSH)


1. Nama dan Gred Jawatan : Pembantu Tadbir Gred 19

2. Taraf lantikan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

3. Gaji : RM 54.00 sehari (dikira hari bekerja sahaja, Isnin-Jumaat)

4. Tempoh Kontrak : Tiga (3) Bulan

5. Tarikh Tutup Permohonan : 14 Disember 2019 (Sabtu)

6. Syarat-Syarat Umum Lantikan :

a. Warganegara malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

c. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Syarat-syarat khas lantikan :

a. Mempunyai perwatakan, tingkah laku/sikap dan peribadi terbaik serta boleh bekerja sendiri dan secara berkumpulan;

b. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;

c. Berkebolehan dalam menggunakan perisian yang berkaitan dengan penyediaan surat menyurat atau laporan bertulis;

d. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan

e. Mudah untuk dihubungi diluar waktu pejabat.

Sila kemukakan resume kepada Cik Siti Nasuha binti Ahmad melalui email nasuha.ahmad@moe.gov.my

Hanya calon yang layak dan disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan temu duga dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh tutup permohonan.