Image

WEBINAR BERSIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI (SIRI 2)

“INOVASI KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN KRISIS ERA KEBIASAAN BAHARU”

 

Tarikh: 8 Julai 2021 (Khamis)

Masa: 10:00 a.m. – 1:00 p.m.

Platform: Microsoft Teams & Facebook live

 

AKEPT dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP), Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PPTI) UMP akan mengadakan Program Webinar Bersiri Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang bertemakan “Inovasi Kepimpinan dalam Pengurusan Krisis Era Kebiasaan Baharu”. Webinar ini adalah satu kesinambungan untuk siri pertama yang telah diadakan pada bulan Julai 2020 yang lalu dan penganjuran siri ini membawakan satu tema yang menepati situasi krisis yang kita sedang hadapi.

 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membincangkan secara ilmiah aspek inovasi kepimpinan khususnya kepimpinan pentadbir universiti dalam menghadapi situasi mencabar ini. Tema webinar ini merujuk kepada penambahbaikan kemahiran kepimpinan dalam keadaan norma baharu bagi membantu menghadapi krisis merangkumi aspek membuat keputusan, pengurusan risiko dan sebagainya. Berkonsepkan perkongsian ilmu, Siri Webinar ini mengetengahkan barisan panel jemputan yang pakar dalam pengurusan risiko dan pengurusan pendidikan tinggi iaitu, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg. Profesor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim, Profesor Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) merangkap Presiden Akademi Profesor Malaysia dan YM. Raja Shah Erman bin Raja Arifin, Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI).

 

Penyertaan webinar ini adalah terbuka untuk semua. Sila klik pautan yang disediakan untuk menyertai program melalui Microsoft Teams ataupun Facebook.

 

 MICROSOFT TEAMS : https://bit.ly/webinar-kepimpinan-siri2

 atau LIVE FACEBOOK :

https://www.facebook.com/PPTIUMP

http://fb.com/pptiump

Pihak penganjur amat berbesar hati dengan kehadiran anda dan semoga webinar ini memberi manfaat kepada semua.