PROGRAM SUAI TUGAS STRATEGIK AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM (SOfBoD)

4 JULAI 2022 | KUALA LUMPUR

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Program Suai Tugas Strategik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (SOfBoD) di Kuala Lumpur pada petang tadi.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPUA) mengenai tadbir urus universiti awam (UA) sebagai sebuah badan berkanun. Program ini dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Seramai 40 orang Ahli LPUA dari seluruh Negara telah menghadiri program sehari ini.Pada majlis perasmian tersebut, YB Menteri telah melancarkan 5 buah buku terbitan AKEPT bersama beberapa UA, iaitu Strategic Onboarding for Board of Directors, Coached by the Pros Series, Memimpin yang Terpimpin, Komunikasi Berkesan dalam Kepimpinan dan SHARE Model for Leaders.

Turut hadir adalah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini bin Omar, KPPT, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed, Pengarah AKEPT, YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Haji Mohd Shukor Haji Mahfar, Pengerusi Majlis LPUA, serta pengurusan tertinggi KPT.


YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Higher Education had officiated the programme of Suai Tugas Strategik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (SOfBoD) in this afternoon in Kuala Lumpur.

This programme aims to empower the Board of Directors of Public Universities (LPUA) on the governance of public universities (UA) as a statutory body. This programme was organized by Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) in collaboration with Universiti Teknologi MARA (UiTM).

A total of 40 LPUA Members from all over the country had attended this one-day programme.

During the opening ceremony, YB Minister had launched 5 books published by AKEPT with several UAs, namely Strategic Onboarding for Board of Directors, Coached by the Pros Series, Memimpin yang Terpimpin, Komunikasi Berkesan dalam Kepimpinan and SHARE Model for Leaders.

Also present were YBhg. Dato 'Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Management and Development) KPT, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini bin Omar, KPPT, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed, Director of AKEPT, YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Haji Mohd Shukor Haji Mahfar, Chairman of the LPUA Council, as well as the top management of KPT.