INTERNATIONAL DEANS’ COURSE: MALAYSIAN CHAPTER (MyIDC)

25 FEBRUARI 2022

The colloquium session of MyIDC Cohort 2 program was held on 25th February 2022 using hybrid approach, namely face-to-face and online. 25 MyIDC participants had presented their Project Action Plan (PAP) in front of the top management of their respective universities as well as IDC and MyIDC Cohort 1 alumni. This session was the mark of closing MyIDC Cohort 2 programme which was held for 4 series started 22nd June 2021 and ended 26th February 2022.

Many thanks to AKEPT's collaborators for organizing MyIDC Cohort 2, namely Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Islam Malaysia and Multimedia University.

Thank you to everyone involved in making MyIDC Cohort 2 was a success such as local and foreign speakers, facilitators, committee members, secretariat and most importantly all the participants. Congratulations on your commitment!


INTERNATIONAL DEANS’ COURSE: MALAYSIAN CHAPTER (MyIDC)

Sesi kolokium program MyIDC Kohort 2 telah diadakan pada 25 Februari 2022 menggunakan kaedah hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian. 25 orang peserta MyIDC telah membentangkan Project Action Plan (PAP) mereka di hadapan pengurusan tertinggi universiti masing-masing serta alumni IDC dan MyIDC Kohort 1. Sesi ini merupakan penutup kepada perjalanan program MyIDC Kohort 2 yang telah diadakan sebanyak 4 siri bermula 22 Jun 2021 dan berakhir pada 26 Februari 2022.

Sekalung penghargaan kepada rakan kolaborasi AKEPT untuk penganjuran MyIDC Kohort 2, iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Islam Malaysia dan Multimedia University.

Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan MyIDC Kohort 2 seperti penceramah dalam dan luar negara, fasilitator, ahli jawatankuasa dan sekretariat serta paling penting adalah semua peserta. Tahniah atas komitmen anda!